kami sedang menunggu tempahan anda ;-)

duhai hati


Duhai Hati Kecilku,
sentiasalah meletakkan nama Penciptamu di tempat yang teratas,
agar tuanmu selamat dunia akhirat kelak.

Duhai Hati Kecilku,
tenanglah kau sentiasa,
janganlah kau terusan 'berpenyakit' hati terhadap insan lain,
bersabarlah dikau atas segala ujian yang melanda.

Duhai Hati Kecilku,
biarlah kau disakiti,
jangan tuanmu yang menyakit hati kecil insan lain

Duhai Hati Kecilku,
ketahuilah bila kau disakiti,
Allah ingin memberi ganjaran yang besar pada tuanmu.
InsyaAllah
Catat Ulasan