kami sedang menunggu tempahan anda ;-)

lindungilah aku ya Allah






7 golongan manusia yang beriman dan bertakwa akan mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT di hari akhirat nanti ketika itu tidak ada perlindungan lain yang akan dapat menyelamatkan manusia.



Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :

Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.

Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.

Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.

Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata :
‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’

Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.

Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Catat Ulasan