Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

jimat elektrik ;-)

Imej
tariff eletrik naik lagi???dengar cerita kalau BN menang PRU13 ni, tariff elektrik akan naik lagi.. benar ke? walau macamanapun kena ready.
V V V V V  tahukah anda 5 gadjet yang boleh membantu mengurangkan bil elektrik anda.
gadjet 1: lilin
gunakan lilin untuk menerangi waktu malam anda
gadjet 2 : tong ikan
 untuk menyimpan ikan dan sayur gunakan tong yang berisi ais ini. pastikan ditutup rapat-rapat ya.
gadjet 3 : seterika arang
 untuk mengosok pakaian anda yang berkedut itu, gunakan seterika ini, ia hanya beroperasi mengunakan  bara arang sahaja. pastikan tiada bara yang terjatuh atas pakaian kesayangan anda.
gadjet 4 : berus membasuh  gunakan berus plastik ini untuk membasuh pakaian kotor, ia hanya beroperasi mengunakan tenaga manusia.
gadget 5 : kipas tangan
untuk melayan cuaca yang agak panas sekarang ni. mintaklah isteri / suami anda menggunakan peralatan ini. bergilir-gilirlah ya. ;-)
jangan marah aahhh gurau jer. untuk mengetahui cara betul untuk menjimatkan penggunaan elektrik …

PRU13 : panduan memilih pemimpin untuk noobs

Imej
aku pilih sharib dol untuk PRU13 ni, kalau korang tak tahu nak pilih sape, dengar nasihat mat luthfi ;-) terbaek



PRU13 : siapa yang menjadi pilihan ;-)

Imej
aku dah pening... aku dah pening.. puas dah aku pikir sapa...sapa..sapa..

BN? menyampah lak aku dengan rosmah.... PAS @ PKR? tak suka pulak dengan DAP.... 

bosan2....bosan2... stop...stop... undi saja sharib dol


"jom undi SHARIB DOL (ANAK ORANG KAYA)"

note : undi adalah rahsia ;-)

gwiyomi oleh BoBo [sekadar hiburan ;-)]

Imej
Suka atau tidak, selepas klip video Gangnam Style nyanyian Psy menjadi fenomena pada tahun lalu, terbaru ‘wabak’ Gwiyomi pula nampaknya semakin menjadi-jadi dan tiba-tiba menjadi topik utama dan ikutan sekarang ini.

apa yang istimewa sangat ya... tak faham aku ;-)

note : "Gwiyomi" atau "Kiyomi" adalah slanga Korea yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang comel.

comel tak Bobo???

PRU13 : semak daftar pemilih ;-)

Imej
belum tahu di mana mengundi PRU13. kini boleh semak daftar pemilih dengan "klik" gambar SPR kat atas tu hi..hi..;-)

Maybank fee ;-)

Imej
Good news everyone!

Effective 2 May 2013, the fee for Interbank GIRO or IBG transactions performed online via internet banking and mobile banking will be 10 sen per transaction.

previously was RM2. refer maybank

baiknya maybank ;-)

PRU13 :7 langkah mengundi ;-)

Imej
panduan untuk pengundi bagi pertama kali atau dah lebih  ;-) [sekarang dah guna calitan dakwat kekal]



7 langkah mudah untuk mengundi ;-)

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
cara mengundi pru13

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

7. Keluar …

hasbi rabbi

Imej
Hasbi Rabbi Jallallah
Allah mencukupi bagiku, Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada dalam hatiku selain Allah

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atasNya
Lailahaillallah
Benarlah tiada tuhan selain Allah

ps: zikir yang amat menenangkan jiwa yang sedang bergelora ;-)

memperkenalkan maybank2u pay ;-)

Imej
Maybank2u Pay adalah perkhidmatan baru dari Maybank2u untuk pengalaman terbaik membeli-belah dalam talian. Dengan Maybank2u Pay, anda kini mempunyai cara yang cepat dan mudah untuk membayar pembelian anda. Tiada lagi memasukkan nombor akaun. Ia sangat mudah. [dapatkan maklumat lanjut di maybank2u tentang maybank2u pay]



Cari dan klik ikon ini untuk membuat pembayaran ;-) [ada di sidebar]

lagi maklumat tentang maybank2u pay berita harian business times new straits times

hidayah

Imej
"Hidayah itu seperti cahaya
yang tidak akan menyapa
mereka yang tidak membuka
jendelanya...."

senyumlah ;-)

Imej
SENYUMLAH walaupun dalam kesakitan..!
kerana SENYUMAN adalah ubat yang paling mujarab.

akar

Imej
Jadilah akar yang gigih mencari air, menembus tanah yg keras demi sebatang pohon...
ketika pohon tumbuh, berdaun rimbun, berbunga indah, menampilkan eloknya pada dunia dan mendapat pujian pula,, akar tidak iri, ia tetap bersembunyi dalam tanah..

redha Allah

Imej
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

[Riwayat al-Hakim]

mulia ke kita?

Imej
"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"

pandang pun dah dapat pahala ;-)

Imej
Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah, dah dapat pahala tahukah sahabat apakah yang di maksudkan 4 perkara itu?

4 perkara itu ialah :

1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka'abah

Mudahnya Allah memberikan ganjaran pahala kepada hambaNya. ;-)

hayatilah amanat ini ...

Imej
Di akhir hayat Rasulullah, baginda telah menyampaikan amanat terakhir. Ketika itu Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin. Diantara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah :

" Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan D…

sorry...

Imej
"Dengan meminta maaf pada seseorang bukan bermakna bersalah. Tapi mengalah, kerana itulah cara terbaik untuk menyelamatkan sesebuah perhubungan."

lazatnya hidayah ALLAH ;-)

Imej
Setitis musibah memungkinkan kita menerima lazatnya hidayah Allah

tertawa kerana bahagia

Imej
✿ Tertawa kerana Bahagia ♥
✿ Menangis kerana Derita ♥
✿ Bertaubat kerana Dosa ♥
✿ Beribadah kerana Takwa ♥

pedoman

Imej
♡ Hidup tanpa Cinta pasti Hampa ♥
♡ Hidup gila Harta pasti Celaka ♥
♡ Hidup penuh Dosa akan ke Neraka ♥

✿ Hidup Bersyukur dengan apa adanya ♥
✿ Insya Allah akan Bahagia ♥

tips supaya di sukai ramai ;-)

Imej
Jadikanlah yang LEMBUT itu HATI
Jadikanlah yang TIPIS itu BENCI
Jadikanlah yang TEBAL itu IMAN
Jadikanlah yang TAJAM itu AKAL
Jadikanlah yang BAIK itu SIFAT
Jadikanlah yang MANIS itu
SENYUMAN :-)

riak ke kita?

Imej
"Siapa yang ingin amalnya diketahui orang, maka itu adalah riak dan siapa yang ingin diketahui orang hal keistimewaan maka itu pendusta"

siapa rasa dia pintar ;-)

Imej
"Orang pintar itu ialah yang selalu menjaga dirinya (dari hal buruk) & banyak beramal untuk bekalnya di akhirat kelak." (HR.Tirmidzi)