Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

sebelah sayap - mat luthfi terbaik

Imej
"hope and fear is like a pair of wings, you need both to fly"

usaha menyelamat bayi dalam paip kumbahan

Imej
Beijing-seorang bayi lelaki seberat 2.3 kg yang baru lahir berjaya diselamatkan dari paip kumbahan sebuah apartment di jinhua selepas dipam melalui lubang tandas.  beberapa penduduk menghubungi pasukan bomba setelah mendengar tangisan bayi di tingkat 4 di apartment tersebut. alhamdulillah usaha menyelamat selama 1 jam lebih itu berjaya. apa punya manusia yang sanggup buang bayi sendiri dalam lubang tandas :-(

lapangkan hati ku ;-)

Imej
  ya Allah..lapangkan hatiku.. hingga kesulitan tidak bisa menyempitkan jiwa.. ya Allah..lapangkan hatiku.. hinga tiada kerisauan yang menyesakkan rasa ya Allah..lapangkan hatiku.. hingga tiada kedengkian membisik sengketa ya Allah..lapangkan hatiku.. hingga aku melihat segala yang ku nikmati tanda rahmatmu yang luar biasa ya Allah..lapangkan hatiku.. hingga aku menerima segala ujian yang hadir untuk ku menjadi lebih berharga

[26/05/13] ustaz azhar idrus nikah kali ke 3 ;-)

Imej
tahniah ustaz azhar idrus...3 sudah, lagi 1 ;-) khas buat uai barakallah dari maher zain

hukuman gantung yang dibatalkan ketika pesalah sedang digantung

Imej
 Di Iran, seorang lelaki didapati bersalah membunuh seorang anggota polis dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Tetapi sewaktu sedang digantung, sedara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki terbabit dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini.       sib baik sempat... kalau tidak Innalilillah

pendaki FELDA berjaya menawan puncak everest

Imej
NEPAL 21 may 2013: Pendaki Everest Felda 2013, Mohd Nasuha Shamsuddin, 21, berjaya menawan Gunung Everest setinggi 8850 meter dari paras laut tepat jam 8.31 pagi tadi. Beliau adalah pendaki termuda Malaysia pertama sampai ke puncak tertinggi di dunia itu..yang kemudiannya disusuli oleh 6 lagi pendaki FELDA yang lain. syabas untuk mereka. gunung everest Mohd Nasuha Shamsuddin Mohd Asyraf Mohd Halim, Mohd Nasuha Shamsudin, Siti Hanisah Sharuddin, Myrza Fasha Md Hamyrudin dan Muhammad Hafizudin Ibrahim bersama pendaki sokongan. - Foto Bernama

bacaan betul fatihah dan maknanya

Imej
Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam” Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan” Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan” Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus” Ayat 7: “(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.   mari belajar cara membaca al-fatihah dengan betul. hanya 3 minit diperlukan. sedutan daripada program 30 minit ustaz don daniyal.    untuk memudahkan kita menghafal makna surah al - fatihah  jom dengar nashid ini

objek terbang

Imej
Baling: “Saya tiba-tiba rasa sakit sebelum melihat darah berlumuran pada muka dan membasahi pakaian sekolah lalu terus memanggil ibu dua kali kerana mahu pitam dan berpaut tiang gol di padang bola bagi mengelak rebah.” Begitu kata murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong, Nuralia Shamimi Mohd Jefri, 10, apabila menerima 14 jahitan pada muka selepas terkena ‘objek terbang’ ketika berjalan pulang ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari sekolahnya. Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari Selasa lalu, selain pendarahan teruk akibat cedera pada muka, Nuralia patah tulang hidung berikutan objek misteri dipercayai besi ‘hinggap’ tepat pada mukanya. Nuralia dari Kampung Terbak, Mukim Siong berkata, sebaik tamat sesi persekolahan, dia berjalan bersama dua rakan, Nur Ainun Mardiah Mohd Karim, 10, dan Nuraidah Thaqifah Samsuri, 10, ke rumah masing-masing melalui kawasan padang bola sekolah. Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, ketika berjalan, se

dosa yang tak akan dipadam

Imej
6 dosa yang tidak akan di ampun ALLAH 1-makan harta anak yatim secara haram 2-menuduh wanita solehah berzina 3-lari dari medan jihad 4-melakukan sihir 5-syirik 6-membunuh para nabi

siti sarah dan shuib dapat anak kedua ;-)

Imej
tahniah kepada pasangan siti sarah dan shuib dengan kelahiran anak kedua. seorang puteri ;-) seronoknya dia. anak pertama mereka adalah lelaki.

bobo dan epy kodiang ;-)

Imej
 bobo & toke MIG david teo amboi-amboi, sejak sain contract dengan MIG makin menjadi yer ko Bobo

muslim

Imej
  thank you ALLAH for choosing me to be a MUSLIM

senarai kabinet 2013

Imej
Perdana Menteri DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Timbalan Perdana Menteri TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Menteri Kewangan DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Menteri Kewangan 2 AHMAD HUSNI HANADZLAH Menteri Di Jabatan Perdana Menteri JAMIL KHIR BAHAROM ABDUL WAHID OMAR IDRIS JALA JUSUF KURUP SHAHIDAN KASIM NANCY SUKRI JOSEPH ENTULU PAUL SENG KUA Menteri Pertahanan HISHAMUDDIN TUN HUSIN Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi MUHYIDIN YASIN IDRIS JUSUH Menteri Dalam Negeri ZAHID AHMAD HAMIDI Menteri Pengangkutan HISHAMUDDIN TUN HUSIN [PEMANGKU] Menteri Pelancongan NAZRI AZIZ Menteri Luar ANIFAH AMAN Menteri Kerja Raya FADILAH YUSUF Menteri Kesihatan SUBRAMANIAM Menteri Belia Dan Sukan KHAIRY JAMALUDDIN Menteri Sumber Manusia RICHARD Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna HASSAN MALIK Menteri Perdagangan Dan Industri MUSTAPA MOHD Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani ISMAIL SABRI YAAKUB Menteri Sains Teknologi Dan Innov

selamat hari guru

Imej
BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi  Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Sem

tips untuk menyahkan "status" yang menyemak di wall fb anda.

Imej
jika anda merasa semak dengan "status" rakan facebook anda, anda boleh menggunakan option berikut.  amaran : langkah ke 3 agak kejam , jadikannya sebagai last option ;-)

selamat mengundi

Imej
selamat mengundi pada semua yang layak mengundi. pilihlah dengan bijak. biarpun mereka kata kita tak bijak ;-)

PRU13 : cara nak hilangkan dakwat kekal

Imej
    note: demo ini nampaknya gagal untuk menghilangkan calitan dakwat kekal sepenuhnya :-( apa kata try guna cuka getah pulak ;-)

tanda kebinasaan

Imej
  Ada 5 tanda - tanda kebinasaan seseorang... 1. Keras hati 2. Bekunya air mata untuk menangis kerana takut kepada Allah s.w.t 3. Rasa malu yang amat sedikit 4. Cintakan dunia yang terlalu besar 5. Panjangnya angan² (banyak keinginan)

labour day

Imej
[1 may 13] assalamualaikum.. admin kopiahkait ingin mengambil kesempatan hari ni , untuk mengucapkan selamat hari pekerja pada semua insan yang bergelar pekerja , tak kira anda di planet manapun , yang sedang bekerja atau sedang bercuti . "siapalah pekerja tanpa majikan dan siapakah majikan tanpa pekerja"